READ IT BEFORE Buying NAZA SUTERA. Now known as NAZA FORZA.
MY OPINION:
This is a horror story i received from my friend about an owner of a local car, the Naza Sutera. I've heard bad reviews about Naza Sutera before but this is truly shocking. Complaint 2’s in Bahasa Malaysia but I painstakingly translated it to English. It took me 1 week to figure out some of the words (using dictionary and asking friends).
This is NOT ONLY showing that NAZA Sutera’s defective, I posted this to SHOWCASE my TALENT in translating from Melayu to English and English to Melayu (coming soon).
NOTE: Naza must be guilty over these matters. That’s why they redesigned the Sutera and RENAMED it FORZA as Malaysian consumer’s losing confidence. They hope to brainwashed potential “SUTERA” buyers that their product’s now GOOD Quality. Also, in January this year, NAZA Sutera’s for sale in Singapore. Nice try NAZA, 2 years of guinea pigs to Malaysian Sutera owners before selling it in Singapore!
To those interested in Naza Forza. DON’T BUY the FORZA. You’ll be better off with ANY PERODUA. I wanted to say DON’T buy NAZA CARS BUT strangely, the Naza Citra (Kia Carens) and 206 Bestari’s quite good quality, anyone know why?
Here’s the 2 complaint letters:
COMPLAINT 1:
Dear All sutera's...
1st off all, just wanna say that this car is SUCKS!!!...sorry about my words..but i mean it...
Too many defective things goes around..below are the lists
a)wiper and signal motor KONG...(twice)
b)wiper water inside tank, always goes out (settled)
c)power window out (4th times)..on driver seat
d)rear wiper make a noise sound..
e)lamp inside cabin, sometimes ok, sometimes not..
f)fuse box under the hood, always "tercabut"..
g)box compartment (on the dash board) not functioning well due to the bad hinges
h)bla bla
i am not expecting so much on the RM36k car, but all people have to bare in mind that "Cheap things doesnt mean cheap workmanship.Cheap things means cheap materials"..all those defects are workmanship.
On the driving part:-
a)engine sound too noisy..
b)too much body roll..kancil is better..
c)breaking not good (also one of the defect..sound arised)
MY advice, please get perodua (if budget be a problems)...much2 better than this piece of metal...ITS NAZA's DESIGN FAILURE....tried to comment in NAZA website, cant access...
COMPLAINT 2
I wonder what’s the status of this complaint? It’s posted 1 ½ years ago, I hope that this dwarf’s car’s replaced or at least replace its engine. Imagine engine OVERHAULED on a 2 months old car. Here’s the LONG LONG complaint letter:
Laporan Kerosakan NAZA Sutera . Sunday, October 29 2006
Kiriman HM
(TRANSLATED BY YOURS TRULY, Owner of this blog, Jeff Lim)
For your information, next time I’d have to think more than a million times whether I’d buy a NAZA Car because of the Horrendous quality of Naza cars, I’ve bought a Naza Sutera 2 months ago on 1st August 2006 after waiting for about 4 months instead of 2 weeks as promised by FS Trading Sdn Bhd – a dealer. Here, to my utmost regret, I wish that Naza replace me with a New Car. Why? This is the condition of the car given to me:
Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir
lebih daripada berjuta kali jika ingin membeli kereta
kereta keluaran NAZA kerana kualiti kenderaan yang
amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah membeli
kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos
2006 selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan
dimana wakil jualan tuan gagal membekalnya dalam
tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat FS
Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja.
Disini saya ingin menyatakan kekesalan yang amat
sangat terhadap kereta yang telah dibekalkan oleh
pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN
DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan
yang telah dibekalkan kepada saya:-
1) From the quality of the car, it’s clear that NAZA just want to make profit until ignoring the QC of the car. I made a BIG MISTAKE by buying based on the looks of the car only to realize that it’s FULL OF PROBLEMS.
1. Dari kualiti kereta tersebut adalah
jelas bahawa pihak tuan hanya mementingkan soal
keuntungan sehingga mengabaikan tentang kualiti
kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti
dan saya melakukan kesilapan besar kerana hanya
memandang dari segi rupa sedangkan ia penuh dengan
masalah-masalah.
2) From my thoughts, the Quality Control division of Naza Factory failed to do a good job as Big part of Exterior and Interior have not fitted correctly and orderly. This includes plastic and steel materials were lose or not fitted properly. Moreover, the screws were RUSTY, an irony as the car’s only 2 months old.
2. Dari segi pengamatan saya Jabatan
Kualiti Kilang Naza gagal melakukan kerja dengan baik
kerana sebahagian besar daripada peralatan didalam dan
diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul dan
kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat
dengan plastik dan besi tidak dilekat atau dipasang
dengan kemas dimana ada yang longgar. Seterusnya
terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah
berkarat sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja
dan boleh dilihat dengan sebelah mata.
3) On the 1st week on the way driving back from work in the middle of the rain, I had to drive in wet as water seep thru driver side window (a lot). Here, the rubber used was of inferior quality or not fitted correctly. I’d sent to the service centre in Kuala Terengganu, after rectifying, it’s still not right as the door was not aligned with other doors. As a result, all 4 doors have to be knocked again to align it. It’s still not corrected as rain water now entered via rear doors. Can you imagine the inconvenience I faced due to the doors.
3. Pada minggun pertama, semasa saya memandu kereta balik daripada pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu dalam keadaan basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan
juga tidak berkualiti atau pun ia tidak dipasang dengan betul. Saya telah menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan ia masih
tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak selari dengan pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna kerana semasa hujan air masuk semula melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan yang telah saya hadapi hanya kerana Pintu-pintu ini.
4) On the 3rd week on the way back from Terengganu, the steering made a Donkey sound as if the car was more than 20 yrs old. Imagine what happened to this car after more than 1 yr old.
4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada
Trengganu stering kereta ini telah berbunyi seperti
keldai seolah macam kenderaan yang berumur lebih
daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta
ini setelah lebih dari 1 tahun.
5) On the 1st day of owning the car, the Air-cond was not Working properly. The cold air only flow out on the bottom even though I directed the air flow to the top.The next day, I took the car to FS Trading Sdn Bhd and they fixed it fitting “span”, the problem still persisted. Is it the way to fix it? It’s funny, a Big company like NAZA didn’t know how to fix an Air-cond properly, I made a complain but I was not happy with the answer by FS Trading staff saying that it’s Panel Suppliers’ fault and if I have to correct it properly, I have to send the car to Shah Alam and it’ll take more than 2 days as the whole dashboard need to be taken out. Here, NAZA did not check properly as the Airflow not in order also not noticed as it’s Defective on the 1st day I took delivery of the car. Don’t just blame the supplier.
6. Pada hari saya ambil kenderaan ini
system penghawa dinginnya tidak berfungsi dengan
betul; Angin sejuk hanya keluar daripada saluran bawah
sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk angin
itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya
kenderaan ke Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah
dibaiki dengan menyendal dengan sekeping span dan
masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia
dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak
tahu camana nak pasang penghawa dingin dengan betul.
Saya komplen tetapi jawapan amat tidak menyenangkan
kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah
panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan
sempurna, saya perlu menghantar kereta ini ke Shah
Alam dan ia akan memakan masa lebih daripada 2 hari
kerana keseluruhan "dash board" perlu dibuka. Disini
pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul
kerana takanlah angin ini ini tidak betul pun tak
perasan sedangkan sebaik saya terima ia sudah rosak.
Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja.
6) On the 2nd day, I went to “Bengkel Naza” which is “Syarikat Mesra Harmony Sdn Bhd”, name only “Mesra”, towing fee also I had to pay. What a pity as the workshop can’t do much as it doesn’t have the proper took needed to repair the Sutera, all need to wait for Naza folks to supply, my car’s still there until today (4 October 2006), it was there since 15 September. Imagine the “Oil Seal” also took Naza more than 3 weeks waiting.
Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza,
iaitu bengkel Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama
ajer mesra, upah tarik kenderaan pun saya kena
tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat
pemerhatian ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh
kerana tiada banyak yang mampu dilakukan kerana di
bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk membaiki
kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada
pihak Naza, kereta saya masih lagi disitu sehingga
hari ini 04hb Oktober 2006 sejak 15hb September.
Bayangkan "oil seal" pun, Naza ambik masa selama lebih
daripada 3 minggu.
7) The next defect was about Water reservior for Wiper, which was not working properly, one moment fast, and another slow. Sadly, the Wiper’s not working correctly after 1 month of ownership. It’s working when I activated it but when I off the switch it’ll stop abruptly in the middle. It’s only a month, what would happen after 1 year. In workship, it’s difficult to show to mechanic as in workshop it’s OK, but back home the problem persisted. Is this the Quality of a NEW Naza. I felt NAZA didn’t care about the quality of the car’s accessory. Like “catching death” only.
7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam
air untuk pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan
betul dimana sekejap kuat sekejap perlahan dan yang
paling menyedihkan baru sebulan "wiper" pun dah mula
tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia
bergerak dengan sempurna, tetapi bila saya tutup
suisnya, ia akan berhenti ditempat-tempat yang ia
suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah dicuba
berkali-kalibaru ia berhenti di tempat yang
sepatutnya. Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia
tak bergerak lagi. Ia amat menyusahkan untuk menunjuk
kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di bengkel
nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul
semula. Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa
pihak Naza tidak ambil berat lansung soal kualiti
eksesori kenderaan ini. Macam tangkapmuat ajer.
8) The rear bonnet was also not fitted properly as it can’t be open with the key. The problem persists after repairing it. I gotta took 2 days leave just to fix the boot. Imagine the trouble NAZA created to its Consumer.
8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak
dipasang dengan sempurna kerana bonetnya tidak boleh
dibuka dengan kunci. Pergi baiki ok, balik rumah jadi
balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari
hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah
kesusahan yang telah pihak Naza timbulkan kepada
pengguna.
9) The Gear stick vibrated once the engine started, like a more than 30 yrs Old bus in Rural area. At the same time, I can feel as if the Engine is falling. I owned 2 cars before and I never faced this kind of situation, especially when NEW.
9. Batang gear bergegar dan menari sebaik
sahaja enjin dihidupkan macam bas buruk yang
mengangkut penumpang dikawasan pendalaman yang berumur
lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama kita
dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah
membeli 2 jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan
sebegini ketika ia baru dibeli.
10) The engine emitted a strange noise after 100km/h, hence I have to drive below 100km/h once I took delivery of the car. The noise was like an Aeroplane taking off. As I drive, all passengers turned panic as it’s like going to explode. I met a few owners in the workshop and they too have the same problem and it’s depends on Luck as some have this problem after 110km/h. You have to believe, it emits a strange noise, something not experienced in my 10 years plus of driving. Even my 9 years old Kancil also don’t have such noise.
When I raise up the problem about the engine, the mechanic easily and coolly said it’s due to the use of Timing Chain instead of Timing belt. I’m not a mechanic but don’t just give such excuse to get away from this problem as the engine actually not working properly and the cause I’ll explain further later. This means as if “timing Chain” did not raised the quality of engine at this time. NAZA should check properly before using new technology.
10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat
bising yang ganjil setelah kelajuan melebihi
100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan ini saya
terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya
seperti sebuah kapal terbang hendak memulakan
penerbangannya, semasa saya pandu, semua penumpang
jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya
berjumpa beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan
mereka menyatakan perkara yang sama dan ia bergantung
pada nasib, kerana adanya terima masalah ini setelah
ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan,
percayalah, ia mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya
telah memandu lebih daripada 10 tahun dan kereta
kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun
tidak mengeluarkan bunyi sebegini.
Bila saya suarakan apa-apa yang ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah
dan selamba sahaja, mekanik menyatakan ianya kerana ia
tidak menggunakan "timing belt" dimana ia gunakan
"timing chain". Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan
ini sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan
enjin ini sebenarnya tidak berfungsi dengan betul dan
akibatnya akan saya Terangkan dibawah. Ini bermaksud
seolah-olah "timing chain" tidak meningkatkan mutu
enjin pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat
dengan teliti sebelum menggunakan teknologi baru.
11) The next defect was the WORST compared to the SYMPTOMS above. On the 6th week using this car with only 3000km done, in 15th September 2006, the car failed to start. After an hour trying, I shook the car then only the car started. This shocked me as I saw white smoke came out a lot, I taught the engine haven’t warm up but it persisted and water began to came out of the exhaust non stop. I switched off the engine and open the bonnet, the black oil and collant appeared to in good condition.
At this time, I was shocked as the engine did not turned off even after I pulled out the key and this SHOCKED me. Apparently, NAZA invented a “turbo without turbo“ engine. With care, I restart the engine and drove slowly to FS Trading Sdn Bhd which was about 10km away. The Mechanic checked the car and what shocked me was the temperature risen suddenly and the water was dry. What sadden me was FS Trading closed one eye on ths problem and I had to wait for more than 2 hours waiting for tow truck to tow the car to Mesra Harmoni Workshop in Taman Melati. I was told that I don’t need to pay towing fee BUT I was asked to pay upon reaching there. Consumer’s always at losing end. After inspection, the workshop cannot find the root of the problem and asked me to come again the next day.
11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah simpton-simpton diatas, pada minggu keenam dimana saya menggunakan kereta ini dan ia baru bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September 2006 kereta ini gagal dihidupkan. Setelah sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka Enjin boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih keluar dengan banyak, pada mula saya ingat enjin belum panas, tetapi ia tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos dengan banyak dan tak berhenti-henti. Saya matikan enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan yang baik.
Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak
mati setelah saya cabut kunci dan ia amat
memeranjatkan saya; Naza telah mencipta kereta turbo
tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati
saya hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan
perlahan ke pejabat seterusnya ke pejabat FS Trading
Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km; Disana mekanik
telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan
saya ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan
air telah kering. Apa yang menyedihkan saya, pihak FS
Trading pandang sebelah mata sahaja masalah saya ini
dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam
menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke
bengkel Syarikat Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya
diberitahu bahwa saya tidak perlu membayar kos tunda,
malangnya sampai disana saya diminta membayar kos
tunda tersebut. Biasalah pengguna memang Selalu
malang. Setelah diperiksa, pihak bengkel belum
kenalpasti masalah dan minta saya dating keesokan
harinya.
On the next day, I was told that the engine needed to be opened and an overhaul’s needed as water entered the engine. Earlier symptoms were because the engine is not working properly and the workshops just made assumptions ignoring my symptoms report. I wonder why 1 month old car have this SEVERE PROBLEM and IT”S A NEW CAR. Imagine what would happen after 2-3 years down the road. Consumer like me would suffer due to obligation of paying 7 years installments.
Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan perlu "overhaul" kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang simpton-simpton sebelum ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi dengan betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa
mengendahkan apa yang saya laporkan. Saya hairan kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan ianya adalah kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi jika ia setelah dua tiga tahun nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan merana kerana terpaksa menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman selama 7 tahun.
I was disappointed that the mechanics there also failed to address the root of the problems and did NOT ADMIT that it is a “MAJOR PROBLEM”. It’s the 3rd week the car was in Mesra Harmoni Workshop, a SOPHISTICATED but no spare part and REFUSE to bear the TOWING costs of RM30 due to NAZA slow refund to their workshop, after more than 3 mts. Normally, Consumer needed to bear but don’t just blame here and there.
Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca kerosakan tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius "MAJOR PROBLEM". Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan alatganti dan tidak mahu menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00 hanya kerana pihak Naza lambat membayar balik kepadanya
iaitu lebih daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena tanggung, saya pada mula tidak berkira soal ini tetapi janganlah asyik Hendak menyalahkan orang.
When I asked the workshop staff, he accused NAZA for not supplying spare parts and asked me to contact NAZA. Ironically, until today EVERYONE’s action were as if I’m NOT IMPORTANT. My Conclusion is that whatever happened just let consumer bear the burden as long as Company made profit until no staff’s left out, while THEY RIP-OFF Consumers.
Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak Naza masih tidak membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza dan saya terpaks hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga kini tindakan semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang saya dapat simpulkan ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang tanggung bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa yang melayang, selagi kita hentam pengguna.
On 30 September 2006, I asked why the car’s not ready, the workshop replied weare running service campaign for Naza Cars in conjunction of festive month and because my car’s case was chronic it’s not repaired on time and its also caused by delayed cylinder head which arrived 2 weeks later. Worse, their oil seal haven’t arrive. I waited and waited until I decided to collect the spare part myself.
Sir, you must understand that I bought a car to make my life easier AND NOT to burden me. The service campaign’s more important compared to my difficulties bear by me, those people who service their car have no qualms without car whereas I HAVE to BEAR all sorts of problems due to no car. They should understand my problem as it brings negative image to Naza itself.
Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap, pihak bengkel menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen serbis kereta Naza sempena
bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga disebabkan kerana setelah 2 minggu berlalu baru "cylinder head" dibekal oleh Naza dan ia tidak cukup kerana "oil seal" masih lagi tidak dibekalkan. Satu-satu alatganti kena tunggu dan tunggu untuk dibekalkan sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri alatganti tersebut.
Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya bukan membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan dengan kesusahan yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk serbis kereta tiada masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta.
Sepatutnya mereka perlu faham masalah saya ini kerana ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri.
I hereby made a complaint to Naza and explained how the condition of the car delivered to me and request for NEW Engine as I lost hope with this engine. This is because the mechanics can’t find the root cause of problem and by right NAZA’s OBLIGATED to deliver a car in GOOD CONDITION. It’s a pity that my request’s not entertained and folks at NAZA act as if there’s no problem with the car. The Customer service centre said that NAZA will not replace the car with a new one AND they’ll just repair it only. You must imagine and understand that this is engine problem, A NEW CAR shouldn’t have this chronic problem. It’ll be better if the engine or the car’s replaced with a new one.
Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya sebuah enjin yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti punca masalahnya dan sepatutnya pihak Naza wajib membekal kenderaan yang berada didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak dilayan dan macam tiada masalah langsung yang wujud dihati pihak Naza. Pusat Khidmat Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja. Bayangkan atau fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah seteruk ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta ini digantikan dengan yang baru.
Here, I understood that I have to accept whatever the condition of the car as if Naza supply me scrap metal I’d to accept it like it or not. Thanks for ruining my life. I was treated like a ping pong ball, being hit from left to right and Naza blaming one another until we confused and dunno what to do.
Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah saya beli kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun saya kena terima samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola ping pong dipukul kekiri dan kekanan dan asyik menyalah antara satu sama lain sehingga kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
In the end, consumer had to bore all problems and difficulties in terms of time, money and sufferings not only when without car to carry on daily life and possibly the loss would accumulate in years to come.
Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah, kesusahan samada dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa ketiadaan kenderaan untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun.
Here I questioned what is consumer rights for me when this situation happens, if only repair, I felt not good and the benefits and profits’s always in Naza’s side and consumers have to be the victim.
Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan ini terjadi; jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan serta keuntungan hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu jadi mangsa.
12) A week after the car at the workshop, I went to see and what hurts me more’s when seeing a new car akin a Junk. Most of the screws’ rusted. It hurts me most was when I was at the workship, I was rudely told off why came so fast when the car’s unknown when would be ready, no symphety at all. Is this the attitude of panel workshop appointed by Naza? There’s many claims that the workshop’s 1st service workshop in Kuala Terengganu not doing a good job. Again, always accused one another.
12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk dan tambah menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah macam kereta buruk kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat. Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan sinis saya di perli kenapa datang cepat sangat sedangkan kereta ini tak tentu bila boleh siap, tiada rasa sempati langsung. Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada suara sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali asyik hendak menyalahkan pihak lain.
I went there to see and get answers why new car which was so grand in television would be so badly defective but this is the RUDE answer I get especially when I paid RM38,000 for the car AND not RM3. Next, I saw the big screw which holds the tyre’s rusted and disc brakes rusted too and that was shocking as the car’s only 2 months old, NO ANTIRUST???
Lately, all the screws from front to back’s rusted. Why Naza did not test or research the parts which would be used to make this car. Please don’t be so busy finding big profits and consumer being used as guinea pig to cut costs. I can see that my grren car would not long be RUSTY colour.
Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta baru yang begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk tetapi ini jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan tersebut dengan harga lebih daripada RM38,000.00 dan bukannya RM3 sahaja. Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat dan disk brek juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2 bulan sudah sebegini, tiada "antirust" ke?? Malah banyak lagi skru-skru daripada depan hinggalah kebelakang juga berkarat termasuk beberapa bahagian yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa pihak Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar hendak dicari dan pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.
Subsequently, the remote key problem. It’s fine when 1st time using it. But as we moved more than 50km and stopped, the remote key stopped working. This problem also can occur. It’s just 1 month, I don’t know what’s in store after this. I bought problems worth RM38,000 which ironically’s a NEW CAR. Too late to wake up and understand this problem.
Seterusnya masalah bunyi "remote" pada kali pertama guna untuk hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari 50km dan berhenti; kunci "remote" tidak berfungsi lagi dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu baru ia berbunyi, hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun jadi masalah, ini baru sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini, nampak saya membeli
masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan fahamilah masalah saya.
Naza have made a big and stupid mistake by giving bad impressions to its costomers. If you want to know that this report might changed my friend’s decision to buy your product and lots of them ordered MyVi by Perodua which in turns benefits both parties.
NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran buruk kepada pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan ini mungkin telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah semula kereta MyVi keluaran Perodua yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.
If I had a camara, I’m sure I’ll record these other small problems which NOT Supposed to fell on new car, where I had to correct the problems myself as I’m too lazy to complain anymore as I have no ability. Eg. Seatbelt cover suddenly came off. So I went to a shop, bought a glue and gule it myself. Sutera looks “Stylish” but full of problems as if it’s made by FEET.
Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain yang kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada bahagian-bahagian saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya penutup talipinggang keledar boleh tercabut dengan tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila dibuatnya. Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam dibuat dengan kaki.
CONCLUSION: If there’s an Award for WORST Production car without quality, I’m confident and sure that Sutera will win this award with no protest from anyone. Here, if this car’s not corrected, I will made promotion everywhere to show how BAD the quality of the SUTERA.
Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan tanpa kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak. Disini jika kereta ini tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi keseluruh tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk kualitinya.
Believe me, I’m not from Proton or Perodua but 2 cars produced by both companies I used have NO problem as worse as this ever happened to me. Eg. I used KANCIL for more than 8 yrs and it don’t have such problems.
Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi
dua kenderaan keluaran syarikatnya telah saya guna dan
tiada masalah seteruk ini terjadi pada saya, contohnya
saya telah guna kereta kancil lebih daripada 8 tahun
dengan tidak memberi saya masalah sebegini.
NAZA CORPORATION made this car and made the buyers as guinea pigs or R&D for the car so that costs will be bore by Consumers and NOT BY NAZA and most likely, it’ll goes on when new model introduced as long as NO LIFE’s LOSS or injured.
SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT DITANGGUNG OLEH PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR
KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU DIPERKENALKAN SELAGI TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA.
In the beginning of my car’s CHRONIC damage, NAZA should take PROACTIVE action by replacing with a new unit to show that it’s fully conscientious in what it gives to consumer. Unfortunately, they ignored my claim and RUDELY and PROUDLY, “NAZA Customer Service” representative said that NAZA will NOT Replace your car with a new one, Naza will repair it when spoiled, repair again, repair until warranty finished, and this is dreaded as the spare parts and workmanship would be too expensive to take back the cost of repairing for free before warranty ends. Imagine, engine oil of NAZA’s so expensive compared to Proton and Perodua. This is just the engine oil not other spares, so difficult to supply now, I wonder how it happen?
Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini, pihak NAZA patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan dengan yang baru maka kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada pengguna; malangnya mereka tak mengendahkan tuntutan saya malah dengan sombong dan bongkaknya wakil daripada "Naza Customer Service" mengatakan bahawa Naza tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru. Naza akan baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh gerenti dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali kos-kos pembaikan yang diberi dengan percuma dahulu. Bayangkanlah minyak enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding dengan kereta keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak enjin, itu belum alatganti lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan dimana punyanya perkara ini terjadi.
CAN you Gentlemens imagine this is just a 18 mts old car, yet had to lift engine and overhaul and it’s claimed that it’s a SMALL and Standard problems. This is a serious “MAJOR PROBLEM” not “MINOR”.
BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini masalah serius "MAJOR PROBLEM" bukannya "MINOR".
What can be done by a poor DWARF like me? I had to work hard for 9 yrs to change a new car with hope what it’ll make my life easier. My hope is that AT LEAST I hope that the new car’s better or same quality of Kancil which I owned previously. Unfortunately, not even 2 months, I had to bear all these problems and I was NOT Confident in the safety of this car anymore.
Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya terpaksa berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan harapan kereta ini dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya beli kereta ini dengan harapan ia lebih baik atau sama dengan mutu kereta kancil yang telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi dengan keselamatan kenderaan ini.
Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya hanya mampu berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik dan mohon tuhan sentiasa lindungi saya dan keluarga saya supaya selamat semasa menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan menanggung kerugian dari masa kesemasa.
Lastly, I wished Naza Motor and Tan Sri Nasimuddin’ll continue to be RICH and Successful on days to come by running activities to make subsequent model cars and producing more problems to buyer of Naza Cars. As far as I know, this is the 1st and last time I’ll buy a car or any car produced by Naza and it’s a sorrowful burden bore by Poor and stupid me. Naza should Understand that the buyer of Cheap cars’ only by lower-income where MOSTLY are BUMIPUTRA (Taai sei!!! - JeffLim)
Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus cemerlang dan kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan aktiviti pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah kepada pembeli kereta buatan Naza. Ketahuilah inilah kali pertama dan terakhir saya akan membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang
miskin dan bodoh ini. Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini hanya dibeli oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra.
To the Governments, NGO, Newspapers and those who direct or indirectly involved, pls look into or investigate this problem and I’m positive that it’s not LONG time no problem occurance and if no investigation’s made. I’m not surprised why Motor Indusry in Malaysia continue to cover it up like a Malay idiom: “Completed house PAHAT(?) Sound”
Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat secara langsung atau tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara ini dan saya yakin ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa industri otomobil di Malaysia terus suram seperti kata perpatah Melayu lama "RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI".
**LADIES AND GENTLEMEN, all my comment’s focuse on my NAZA SUTERA only and it might mappen to other Sutera owners and there might be other problems. I can afford to conclude this by my observation while “Camping” in Naza Kia workshop in Kuala Terengganu and (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G and 9G, Jln Melati Utama 4, Tmn Melati utama, Setapak, 53100 KL). Please see for yourself if you don’t believe my words. ONE Naza Sutera sure will have more than 10 stupid problems.
** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA
KERETA NAZA SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN
TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK KERETA YANG LAIN DAN
MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH MENIMPA
MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA
SEMASA SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA
TRENGGANU DAN (Mesra Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G,
Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, Setapak,
53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK
SENDIRI JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA
DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI ADA LEBIH DARIPADA 10 Masalah Bodoh!
END OF a LONG ARTICLE. Thanks for reading this.
Betul semua diatas....
ReplyDeleteSy juga slh seorg pemilik naza....